Menutup tirai lawatan ke India dengan mengadakan sidang media bersama media Malaysia. Alhamdulillah, lawatan ini melakar kejayaan penting buat Malaysia di pentas antarabangsa dengan suara dan pendirian yang tegas serta kekuatan ekonomi yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan dunia. Di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, Malaysia tampil membawa suara negara-negara Selatan Global yang menuntut tatanan dunia lebih adil dan saksama. Kita juga terus tegas mempertahankan nasib rakyat …
#malaysia
Quotes tagged "malaysia".
Recent
See all →Saya kemudian menghadiri sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk bagi meneroka potensi baharu kerjasama ekonomi. Syarikat-syarikat ini merangkumi sektor perubatan dan kesihatan, semikonduktor, pembinaan, kecerdasan buatan, teknologi digital dan maklumat, kejuruteraan, peruncitan, tenaga serta pengangkutan. Dalam sesi ini, saya menawarkan Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN, sebuah rantau yang aman dengan ekonomi yan…
Saya juga sempat mengadakan pertemuan bersemuka dengan beberapa pemimpin industri, antaranya dari Majlis Perniagaan UAE-India Cabang UAE (UIBC-UC), termasuk wakil Sharaf Group dan EFS Facilities Services Group, selain wakil Beeah Group bagi meneroka peluang pelaburan, pekerjaan serta kerjasama dengan Malaysia. Bersama Naib Pengerusi Sharaf Group, Mejar Jeneral (B) Sharafuddin Sharaf, kami bicarakan minat syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau bagi daging halal ke pasa…
Saya kemudiannya menerima kunjungan hormat Gabenor Kerala, Rajendra Vishwanath Arlekar. Bicara kami pantas menyentuh mengenai hubungan Malaysia-Kerala yang telah berakar sejak sekian lama menerusi jalinan perdagangan, pendidikan, pergerakan masyarakat serta pertukaran budaya yang terus mempererat hubungan antara rakyat. Kami turut berbincang mengenai potensi memperluas kerjasama dalam sektor bernilai tinggi, khususnya ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan, selaras deng…
Sekitar hari kedua di Delhi semalam, membawa suara dan pendirian tegas Malaysia tatkala berucap di hadapan pimpinan dunia di pentas BRICS. Berakhir urusan diplomasi di Delhi, saya terbang ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India dan berhimpun bersama kira-kira 2,000 anak-anak pelajar Markaz Saquafathi Sunniya dalam majlis ilmu. Alhamdulillah. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Meneruskan misi Diplomasi MADANI di Kerala hari ini dengan menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Kerala, VD Satheesan dalam rangka kunjungan saya ke negeri ini. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai potensi besar Kerala dalam memperkukuh hubungan Malaysia-India, khususnya menerusi kerjasama ekonomi serta peningkatan perdagangan dan pelaburan. Kami turut meneroka peluang kerjasama dalam bidang ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan sektor …
Di Markaz Saquafathi Sunniya, saya bersama delegasi Malaysia diraikan dalam satu Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala dan kira-kira 2,000 penuntut ilmu yang dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad. Alhamdulillah, saya telah dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr. Saya menerima anugerah ini dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang telah mencurahkan bakti serta jiw…
Selamat tiba di Kerala dan langsung ke Markazu Saquafathi Sunniya di Karanthur, dalam rangka Ziarah Mahabbah kepada Syekh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India. Alhamdulillah, dalam kesempatan kunjungan kali ini, kami sempat bertukar pandangan terkait cabaran kecerdasan buatan yang membuka ufuk baharu ilmu dan kemajuan, namun turut membawa cabaran besar terhadap akidah, iman, akhlak serta kebebasan akal manusia. Justeru, kami bicarakan keperluan merangka pendekatan AI berteraskan kerangka Islam yan…
Malaysia’s position is clear: occupation, or settler colonialism or even more in point ‘settler terrorism’ cannot become destiny and no life weighs less for where it is lived. Malaysia hopes BRICS will affirm this plainly and unequivocally. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Alhamdulillah, usai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, saya berlepas meninggalkan New Delhi untuk meneruskan perjalanan ke Kerala. Insya-Allah, saya akan bertemu Mufti Besar India serta menghadiri majlis ilmu di markaz di Karanthur. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Alhamdulillah dapat memanfaatkan sepenuhnya hari pertama di Delhi semalam dengan bertemu sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, selain bertemu wakil industri untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan. Untuk Malaysia! 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
At the same time, BRICS offers crucial geoeconomic advantages through the critical mass of its vast integrated market, opening opportunities for trade diversification and enabling member economies to reduce their overreliance on traditional Western markets. These synergies can serve as an impetus for economic growth and shared prosperity. Yet we cannot speak of inclusive growth and prosperity while war drives energy prices higher and threatens the sea lanes on which our economies depend. Israel’…
Berucap di hadapan pimpinan dunia pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini, saya menyampaikan penghargaan Malaysia kepada India atas penganjuran sidang yang amat bertepatan tatkala dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik. Teknologi berkembang pada kadar yang belum pernah disaksikan, tatkala sebahagian besar negara sedang membangun masih bergelut untuk mencapai kemajuan ekonomi. Terlalu banyak negara dibelenggu hutang sehingga lebih ban…
Pagi tadi ke Bharat Mandapam untuk menghadiri pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Ketibaan saya disambut sahabat, Perdana Menteri India Narendra Modi, sebelum bersama-sama mendengar ucapan para pimpinan BRICS. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Berkesempatan sekali lagi bertemu sahabat baik saya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Gandhi, pagi tadi sambil bersarapan. Pertemuan singkat ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan mutakhir antarabangsa dan serantau. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Di sela-sela majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi, saya sempat berbicara dengan beberapa sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, antaranya Presiden Mesir, Presiden Indonesia, Presiden Kazakhstan, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Setiausaha Agung PBB serta Ketua Pengarah WTO. Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat. Keadaan ini menunt…
Guru mintak izin nyanyi kejap ok!
Menggunakan kesempatan di New Delhi untuk bertemu wakil DRB-HICOM, SEGULA Technologies India, AWL Agri Business Limited dan Motherson Group bagi membincangkan peluang memperluas pelaburan serta kerjasama industri dalam sektor strategik antara Malaysia dan India. Pertemuan pertama diadakan bersama wakil DRB-HICOM yang hadir bersama rakan strategik mereka bagi meneroka ruang kerjasama dengan industri automotif di India. Saya kemudian bertemu kepimpinan SEGULA Technologies India, sebuah syarikat ke…
Saya turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali. Hubungan peribadi kami dan persahabatan kedua-dua negara telah mencatat momentum positif susulan kunjungan beliau ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balas saya ke Ethiopia pada tahun lalu. Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu setelah 43 tahun telah menandakan lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara. Justeru, saya mengundang Ethiopia untuk membuka kedut…
Saya kemudian langsung ke Hyderabad House untuk ketemu sahabat, Perdana Menteri Narendra Modi. Saya zahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diberikan sejak delegasi Malaysia tiba di New Delhi malam tadi. Alhamdulillah, kami sepakat untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-India serta memperteguh persahabatan yang berakar daripada sejarah panjang dan hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara. Bicara kami memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor strategik,…
Memulakan pagi ini di New Delhi dengan bertemu Presiden Republik Islam Iran, Dr Masoud Pezeshkian bagi memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Iran serta membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang. Dalam pertemuan ini, saya menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berlarutan serta ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat. Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan yang boleh memburukkan keadaan, kembali ke meja rundingan serta mengutama…
Dua hari penuh makna besar di Kota Kinabalu bersama Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah serta seluruh pimpinan Persekutuan dan Negeri bagi memaknai kembali semangat dan cita-cita yang melahirkan Malaysia. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar persoalan Sabah dan Sarawak, tetapi naratif nasional yang mesti difahami dan dihayati seluruh rakyat. Menunaikan komitmen MA63 adalah amanah Persekutuan dan tanggungjawab kita bersama. Malaysia lahir daripada keberanian untuk bersatu merentasi laut…
Sebaik tiba di New Delhi, saya terus mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin. Pertemuan yang bermula sekitar jam 11 malam itu berlangsung dalam suasana persahabatan serta memberi ruang untuk kami menilai kemajuan hubungan Malaysia-Rusia dan menetapkan beberapa langkah konkrit bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua negara. Saya membangkitkan keperluan untuk mempercepat usaha merealisasikan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia serta kemudahan perjalana…
Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy 💅 🇲🇾 🇮🇳 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #GuruMADANI
STATEMENT ON NEW MEASURES AGAINST THE ISRAELI OCCUPATION I welcome the joint statement of 8 September 2026 by the Foreign Ministers of twelve Western countries on measures against illegal Israeli settlements. I note in particular that Britain, Canada and France will bring forward measures to ban trade in settlement goods, joining several European countries that have already taken this step. I also recognise the significance of the statement by British Foreign Secretary Ed Miliband to the House o…
Saya dan delegasi Malaysia berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Presiden Russia, Iran dan Kazakhstan selain Perdana Menteri Ethiopia. Rencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama. Usai Misi Diplomasi di India, saya kemudian akan ter…
Sebelum berlepas ke New Delhi, India, saya ambil kesempatan santuni mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah kampung di Numbak, Kota Kinabalu. Hati saya amat tersentuh tatkala dimaklumkan tragedi ini turut meragut nyawa tiga orang kanak-kanak berusia antara 4 hingga 8 tahun. Kehilangan anak-anak kecil dalam musibah sebegini tentunya meninggalkan luka yang amat dalam, bukan sahaja buat keluarga, malah seluruh komuniti yang turut berkongsi kedukaan ini. Saya dan Azizah merakamkan salam takziah s…
Usai Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), saya ditemani Ketua Menteri Sabah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas. Kami turut berkesempatan menjamah hidangan sambil beramah mesra bersama pihak pengurusan masjid, para jemaah dan penduduk sekitar. Semoga ukhuwah kita terus berkekalan dan semoga kita semua dikurniakan keberkatan pada penghulu segala hari ini, insya-Allah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Chairing the Meeting of the Action Council for the Implementation of the Malaysia Agreement 1963 (MTPMA63) Number 1 Year 2026 in Kota Kinabalu, which was also attended by the Chief Minister of Sabah, the Premier of Sarawak as well as the leadership of the Federal and State Governments. This meeting focused on the progress of the implementation of the agreement under MA63, in addition to examining several strategic matters that directly affect the interests and future of Sabah and Sarawak. Among …
Had a short meeting with the Sabah JUSTICE State Leadership Council (MPN) to exchange views and discuss some current issues, particularly touching on the interests and well-being of the people of Sabah. I emphasize that JUSTICE should continue to play a role in strengthening the administration of the Federal and State Governments, in addition to ensuring that every policy and effort that is put in place really benefits the people. The party must also move with the strength of all members, close …
Arrived in Kota Kinabalu, Sabah and proceeded to attend the Dinner Ceremony in conjunction with the 1963 Malaysia Agreement Implementation Action Council Meeting (MTPMA63). Also with the Chief Minister of Sabah, the Premier of Sarawak as well as senior leaders of the Federal and State Governments in an atmosphere full of goodwill and togetherness. Sabah and Sarawak are loyal partners in the Unity Government that continue to strengthen the stability of the country as well as strengthen the spirit…
Honoring His Majesty the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj for agreeing to receive a patik. In this meeting, I have informed about several matters including current issues involving the development of the state of Selangor. Praying to Allah Subhanahu Wa Ta'ala that His Highness and the entire Royal Family will always be blessed with His grace and guidance and be in a state of health, prosperity and full of sovereignty. De…
Received a courtesy visit from Kelantan Menteri Besar Dato' Panglima Warang Mohd Nassuruddin Daud. We discussed efforts to strengthen the cooperation and togetherness of the Federal and State Governments, including support in various sectors such as infrastructure, economy, agriculture, education, health and social facilities to ensure that state development continues to run smoothly. God willing, this cooperation will continue to be strengthened for the benefit and well-being of the people of K…
After the Cabinet Meeting, I had the opportunity to celebrate the participants of the 51st Edition of the Prime Minister's Cup Debate Competition which will take place tomorrow at Multimedia University, Cyberjaya. Over five decades, this competition continues to be Tun Abdul Razak Hussein's legacy as a court that tests courage, sharpens knowledge and sharpens the ability to argue. More than just a competition, it becomes a space for young people to learn to organize their thoughts, defend a posi…
I just contacted Bee Sham Ahmad's brother, the father of the late Captain Zainol Afiq, to convey my condolences from myself, Azizah and the family to the entire extended family of the deceased. When recalling the memories of when the deceased was responsible for flying me during the GE15 campaign, I was deeply touched and deeply impressed. Tested with a very heavy loss, especially for the family and the children who are still young. I pray that Allah SWT grants strength, perseverance and patie…
Saddened to receive the news of the crash of the Air Doctor Service (PDU) helicopter carrying four Health Ministry health workers and a pilot near Long Lellang, Sarawak yesterday evening. My thoughts and prayers go out to Azizah and the families of all the victims who are going through this difficult moment. May they be blessed with strength and perseverance. I request all parties to give space to family members and avoid any speculation while waiting for official information from the authoritie…
The issue of development projects that are in sick status, behind schedule as well as the slowdown in approved allocation spending was among those that were raised and touched upon during the National Development Action Council Meeting Number 1 of 2026 which I chaired this afternoon. I emphasize that the Federal Government has provided large development allocations to be implemented by ministries and agencies throughout the country. Therefore, it is the responsibility of every head of department…
Given the opportunity to remember the figure of the statesman, the late Tun Abdul Razak Hussein, a great figure who has laid a solid foundation in nation building, thus being remembered as the Nation's National Development Architect. As the French thinker and philosopher Roger Garaudy said, remembering the figures of the past is not just nostalgic to reveal past experiences, but to rekindle the torch of their struggle, not to bury the ashes of the dead, but to rekindle its flame. I am one of the…
This morning I went to the Ministry of Plantation and Commodities to meet the people of the ministry as well as the small farmers, in addition to listening to their views, complaints and problems they face. Alhamdulillah, the national economy recorded 6 percent growth in the second quarter, exceeding all initial projections. The plantation and commodity sectors also contribute to this strength, including smallholders who as a whole make a significant contribution to the economy and the country's…
Earlier quotes are Pro-only
Free access covers the last 7 days. Unlock the full archive — back to 2025-03-27 — with Pro.
Sign up for Pro