Menutup tirai lawatan ke India dengan mengadakan sidang media bersama media Malaysia. Alhamdulillah, lawatan ini melakar kejayaan penting buat Malaysia di pentas antarabangsa dengan suara dan pendirian yang tegas serta kekuatan ekonomi yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan dunia. Di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, Malaysia tampil membawa suara negara-negara Selatan Global yang menuntut tatanan dunia lebih adil dan saksama. Kita juga terus tegas mempertahankan nasib rakyat …
Anwar Ibrahim
Leader of Malaysia
Recent quotes
See all →Saya kemudian menghadiri sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk bagi meneroka potensi baharu kerjasama ekonomi. Syarikat-syarikat ini merangkumi sektor perubatan dan kesihatan, semikonduktor, pembinaan, kecerdasan buatan, teknologi digital dan maklumat, kejuruteraan, peruncitan, tenaga serta pengangkutan. Dalam sesi ini, saya menawarkan Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN, sebuah rantau yang aman dengan ekonomi yan…
Saya juga sempat mengadakan pertemuan bersemuka dengan beberapa pemimpin industri, antaranya dari Majlis Perniagaan UAE-India Cabang UAE (UIBC-UC), termasuk wakil Sharaf Group dan EFS Facilities Services Group, selain wakil Beeah Group bagi meneroka peluang pelaburan, pekerjaan serta kerjasama dengan Malaysia. Bersama Naib Pengerusi Sharaf Group, Mejar Jeneral (B) Sharafuddin Sharaf, kami bicarakan minat syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau bagi daging halal ke pasa…
Saya kemudiannya menerima kunjungan hormat Gabenor Kerala, Rajendra Vishwanath Arlekar. Bicara kami pantas menyentuh mengenai hubungan Malaysia-Kerala yang telah berakar sejak sekian lama menerusi jalinan perdagangan, pendidikan, pergerakan masyarakat serta pertukaran budaya yang terus mempererat hubungan antara rakyat. Kami turut berbincang mengenai potensi memperluas kerjasama dalam sektor bernilai tinggi, khususnya ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan, selaras deng…
Sekitar hari kedua di Delhi semalam, membawa suara dan pendirian tegas Malaysia tatkala berucap di hadapan pimpinan dunia di pentas BRICS. Berakhir urusan diplomasi di Delhi, saya terbang ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India dan berhimpun bersama kira-kira 2,000 anak-anak pelajar Markaz Saquafathi Sunniya dalam majlis ilmu. Alhamdulillah. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Meneruskan misi Diplomasi MADANI di Kerala hari ini dengan menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Kerala, VD Satheesan dalam rangka kunjungan saya ke negeri ini. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai potensi besar Kerala dalam memperkukuh hubungan Malaysia-India, khususnya menerusi kerjasama ekonomi serta peningkatan perdagangan dan pelaburan. Kami turut meneroka peluang kerjasama dalam bidang ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan sektor …
Di Markaz Saquafathi Sunniya, saya bersama delegasi Malaysia diraikan dalam satu Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala dan kira-kira 2,000 penuntut ilmu yang dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad. Alhamdulillah, saya telah dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr. Saya menerima anugerah ini dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang telah mencurahkan bakti serta jiw…
Selamat tiba di Kerala dan langsung ke Markazu Saquafathi Sunniya di Karanthur, dalam rangka Ziarah Mahabbah kepada Syekh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India. Alhamdulillah, dalam kesempatan kunjungan kali ini, kami sempat bertukar pandangan terkait cabaran kecerdasan buatan yang membuka ufuk baharu ilmu dan kemajuan, namun turut membawa cabaran besar terhadap akidah, iman, akhlak serta kebebasan akal manusia. Justeru, kami bicarakan keperluan merangka pendekatan AI berteraskan kerangka Islam yan…
Malaysia’s position is clear: occupation, or settler colonialism or even more in point ‘settler terrorism’ cannot become destiny and no life weighs less for where it is lived. Malaysia hopes BRICS will affirm this plainly and unequivocally. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Alhamdulillah, usai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, saya berlepas meninggalkan New Delhi untuk meneruskan perjalanan ke Kerala. Insya-Allah, saya akan bertemu Mufti Besar India serta menghadiri majlis ilmu di markaz di Karanthur. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Alhamdulillah dapat memanfaatkan sepenuhnya hari pertama di Delhi semalam dengan bertemu sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, selain bertemu wakil industri untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan. Untuk Malaysia! 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Berucap di hadapan pimpinan dunia pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini, saya menyampaikan penghargaan Malaysia kepada India atas penganjuran sidang yang amat bertepatan tatkala dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik. Teknologi berkembang pada kadar yang belum pernah disaksikan, tatkala sebahagian besar negara sedang membangun masih bergelut untuk mencapai kemajuan ekonomi. Terlalu banyak negara dibelenggu hutang sehingga lebih ban…
At the same time, BRICS offers crucial geoeconomic advantages through the critical mass of its vast integrated market, opening opportunities for trade diversification and enabling member economies to reduce their overreliance on traditional Western markets. These synergies can serve as an impetus for economic growth and shared prosperity. Yet we cannot speak of inclusive growth and prosperity while war drives energy prices higher and threatens the sea lanes on which our economies depend. Israel’…
Pagi tadi ke Bharat Mandapam untuk menghadiri pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Ketibaan saya disambut sahabat, Perdana Menteri India Narendra Modi, sebelum bersama-sama mendengar ucapan para pimpinan BRICS. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Berkesempatan sekali lagi bertemu sahabat baik saya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Gandhi, pagi tadi sambil bersarapan. Pertemuan singkat ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan mutakhir antarabangsa dan serantau. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Di sela-sela majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi, saya sempat berbicara dengan beberapa sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, antaranya Presiden Mesir, Presiden Indonesia, Presiden Kazakhstan, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Setiausaha Agung PBB serta Ketua Pengarah WTO. Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat. Keadaan ini menunt…
Guru mintak izin nyanyi kejap ok!
Menggunakan kesempatan di New Delhi untuk bertemu wakil DRB-HICOM, SEGULA Technologies India, AWL Agri Business Limited dan Motherson Group bagi membincangkan peluang memperluas pelaburan serta kerjasama industri dalam sektor strategik antara Malaysia dan India. Pertemuan pertama diadakan bersama wakil DRB-HICOM yang hadir bersama rakan strategik mereka bagi meneroka ruang kerjasama dengan industri automotif di India. Saya kemudian bertemu kepimpinan SEGULA Technologies India, sebuah syarikat ke…
Saya turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali. Hubungan peribadi kami dan persahabatan kedua-dua negara telah mencatat momentum positif susulan kunjungan beliau ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balas saya ke Ethiopia pada tahun lalu. Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu setelah 43 tahun telah menandakan lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara. Justeru, saya mengundang Ethiopia untuk membuka kedut…
Saya kemudian langsung ke Hyderabad House untuk ketemu sahabat, Perdana Menteri Narendra Modi. Saya zahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diberikan sejak delegasi Malaysia tiba di New Delhi malam tadi. Alhamdulillah, kami sepakat untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-India serta memperteguh persahabatan yang berakar daripada sejarah panjang dan hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara. Bicara kami memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor strategik,…
Earlier quotes are Pro-only
Free access covers the last 7 days. Unlock the full archive — back to 2025-03-27 — with Pro.
Sign up for Pro