Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-12 09:28

Telegram @anwaribrahim_official

Saya turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali. Hubungan peribadi kami dan persahabatan kedua-dua negara telah mencatat momentum positif susulan kunjungan beliau ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balas saya ke Ethiopia pada tahun lalu. Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu setelah 43 tahun telah menandakan lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara. Justeru, saya mengundang Ethiopia untuk membuka kedutaannya di Kuala Lumpur. Saya turut menzahirkan penghargaan atas dukungan Ethiopia terhadap penglibatan Malaysia dalam BRICS. Kami juga sepakat untuk mengadakan Rundingan Dua Hala yang pertama di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi menterjemahkan persetujuan kedua-dua negara kepada tindakan yang nyata. Potensi kerjasama ini antaranya merangkumi industri halal, pertanian, keterjaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan pelancongan. Insya-Allah, momentum ini akan terus dipacu demi hubungan Malaysia-Ethiopia yang semakin kukuh serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾 🇪🇹 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Notes