Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-11 03:31

Telegram @anwaribrahim_official

Chairing the Meeting of the Action Council for the Implementation of the Malaysia Agreement 1963 (MTPMA63) Number 1 Year 2026 in Kota Kinabalu, which was also attended by the Chief Minister of Sabah, the Premier of Sarawak as well as the leadership of the Federal and State Governments. This meeting focused on the progress of the implementation of the agreement under MA63, in addition to examining several strategic matters that directly affect the interests and future of Sabah and Sarawak. Among the main matters discussed include the Sabah and Sarawak Border Security Empowerment Initiative, Staffing Increase and Borneionization of the Federal Civil Service in Sabah and Sarawak, Review of Special Grants under Article 112D of the Federal Constitution, as well as the increase in the number of Dewan Rakyat Members from Sabah and Sarawak. Every matter is thoroughly researched in the spirit of a strong Federation, with the determination to ensure that the rights and interests of Sabah and Sarawak are always respected, preserved and translated through effective decisions and implementation. MA63 is not just a page of history or a document that is remembered every year, it is a national trust and commitment that we must fulfill sincerely, fairly and responsibly. What has been agreed upon must be implemented, while matters that have not yet been completed must continue to be negotiated with wisdom, sincerity and the spirit of consensus. The Federal Government will continue to open the widest space for discussion with the State Governments of Sabah and Sarawak, based on the spirit of unity as partners in the Federation, thus ensuring that the development and prosperity of the country can be felt fairly and equitably by all citizens. God willing, we will meet again in Kuching, Sarawak next week to celebrate Malaysia Day, understand the history of the nation's formation and strengthen our determination to build a more whole, fair and prosperous Malaysia for all. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #MA63

Notes

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2026 di Kota Kinabalu, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak serta barisan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada kemajuan pelaksanaan persetujuan di bawah MA63, di samping meneliti beberapa perkara strategik yang menyentuh secara langsung kepentingan serta masa depan Sabah dan Sarawak. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk Inisiatif Pemerkasaan Keselamatan Sempadan Sabah dan Sarawak, Pertambahan Perjawatan serta Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah dan Sarawak, Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, serta pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak. Setiap perkara diteliti secara tuntas dalam semangat Persekutuan yang kukuh, dengan tekad memastikan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak sentiasa dihormati, dipelihara dan diterjemahkan melalui keputusan serta pelaksanaan yang berkesan. MA63 bukan sekadar lembaran sejarah atau dokumen yang dikenang saban tahun, ia adalah amanah dan iltizam nasional yang mesti kita lunaskan dengan ikhlas, adil dan penuh tanggungjawab. Apa yang telah dipersetujui harus dilaksanakan, manakala perkara yang masih belum selesai mesti terus dirunding dengan kebijaksanaan, keikhlasan dan semangat muafakat. Kerajaan Persekutuan akan terus membuka seluas-luasnya ruang perbincangan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, berteraskan semangat perpaduan sebagai rakan dalam Persekutuan, sekali gus memastikan pembangunan dan kemakmuran negara dapat dirasai secara adil dan saksama oleh seluruh rakyat. Insya-Allah, kita akan ketemu semula di Kuching, Sarawak minggu hadapan bagi meraikan Hari Malaysia, menginsafi sejarah pembentukan negara dan memperteguh tekad untuk membina sebuah Malaysia yang lebih utuh, adil dan sejahtera untuk semua. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #MA63