Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-14 14:09

Telegram @anwaribrahim_official

Saya kemudiannya menerima kunjungan hormat Gabenor Kerala, Rajendra Vishwanath Arlekar. Bicara kami pantas menyentuh mengenai hubungan Malaysia-Kerala yang telah berakar sejak sekian lama menerusi jalinan perdagangan, pendidikan, pergerakan masyarakat serta pertukaran budaya yang terus mempererat hubungan antara rakyat. Kami turut berbincang mengenai potensi memperluas kerjasama dalam sektor bernilai tinggi, khususnya ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan, selaras dengan kekuatan serta kepentingan bersama. Alhamdulillah, kami turut sepakat untuk meneroka usaha meningkatkan hubungan perniagaan, merancakkan aliran pelancongan serta memperbanyak pertukaran antara rakyat agar hubungan erat ini terus berkembang dan membawa manfaat bersama. 🇲🇾 🇮🇳 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Notes