Telegram @anwaribrahim_official
Meneruskan misi Diplomasi MADANI di Kerala hari ini dengan menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Kerala, VD Satheesan dalam rangka kunjungan saya ke negeri ini. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai potensi besar Kerala dalam memperkukuh hubungan Malaysia-India, khususnya menerusi kerjasama ekonomi serta peningkatan perdagangan dan pelaburan. Kami turut meneroka peluang kerjasama dalam bidang ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan sektor bernilai tinggi. Hubungan perniagaan, pertukaran rakyat dengan rakyat serta jalinan sejarah dan budaya yang erat juga perlu terus diperkasa. Saya turut mengundang CM Satheesan untuk berkunjung ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan ini dan menterjemahkan segala potensi yang ada kepada kerjasama yang lebih konkrit serta memanfaatkan rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾 🇮🇳 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes