Telegram @anwaribrahim_official
Sebelum berlepas ke New Delhi, India, saya ambil kesempatan santuni mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah kampung di Numbak, Kota Kinabalu. Hati saya amat tersentuh tatkala dimaklumkan tragedi ini turut meragut nyawa tiga orang kanak-kanak berusia antara 4 hingga 8 tahun. Kehilangan anak-anak kecil dalam musibah sebegini tentunya meninggalkan luka yang amat dalam, bukan sahaja buat keluarga, malah seluruh komuniti yang turut berkongsi kedukaan ini. Saya dan Azizah merakamkan salam takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak-anak ini serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga untuk melalui ujian yang amat berat ini. Bagi meringankan beban mereka yang terkesan, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada 111 ketua isi rumah, selain sumbangan kotak makanan, di samping bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Usaha juga mesti dipercepat bagi memastikan keluarga yang kehilangan tempat berteduh dapat kembali membina kehidupan dalam keadaan yang lebih selamat dan bermaruah, sementara anak-anak yang terkesan dapat segera kembali ke sekolah dan meneruskan kehidupan seperti sediakala. Doa saya dan Azizah, semoga Allah SWT mengangkat kesedihan ini, menguatkan jiwa mereka yang diuji dan menggantikan segala duka dengan sinar harapan yang baharu. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Notes