Telegram @anwaribrahim_official
After the Cabinet Meeting, I had the opportunity to celebrate the participants of the 51st Edition of the Prime Minister's Cup Debate Competition which will take place tomorrow at Multimedia University, Cyberjaya. Over five decades, this competition continues to be Tun Abdul Razak Hussein's legacy as a court that tests courage, sharpens knowledge and sharpens the ability to argue. More than just a competition, it becomes a space for young people to learn to organize their thoughts, defend a position and at the same time respect different points of view. I was amazed to see these children so sensitive to current developments, brave to ask questions and be critical in evaluating various issues. My order is to debate firmly but with manners in addition to arguing without hatred and different views without hostility. A healthy democracy is not just the courage to speak out, but also the willingness to listen and respect differences. Happy discussing! #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Notes
Usai Mesyuarat Jemaah Menteri, saya berkesempatan meraikan peserta Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Edisi Ke-51 yang akan berlangsung esok di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Lebih lima dekad, pertandingan ini terus menjadi warisan Tun Abdul Razak Hussein sebagai gelanggang yang menguji keberanian, mempertajam ilmu dan mengasah keupayaan berhujah. Lebih daripada sekadar pertandingan, ia menjadi ruang untuk anak-anak muda belajar menyusun fikiran, mempertahankan pendirian dan pada masa yang sama menghormati pandangan yang berbeza. Saya kagum melihat anak-anak ini begitu peka terhadap perkembangan semasa, berani mengemukakan persoalan dan kritis dalam menilai pelbagai isu. Pesanan saya, berbahaslah dengan tegas tetapi penuh adab selain berhujah tanpa membenci dan berbeza pandangan tanpa bermusuhan. Demokrasi yang sihat bukan sekadar keberanian untuk bersuara, tetapi juga kesediaan untuk mendengar dan menghormati perbezaan. Selamat berbahas! #MalaysiaMADANI #YakinMADANI