Telegram @anwaribrahim_official
Menutup tirai lawatan ke India dengan mengadakan sidang media bersama media Malaysia. Alhamdulillah, lawatan ini melakar kejayaan penting buat Malaysia di pentas antarabangsa dengan suara dan pendirian yang tegas serta kekuatan ekonomi yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan dunia. Di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, Malaysia tampil membawa suara negara-negara Selatan Global yang menuntut tatanan dunia lebih adil dan saksama. Kita juga terus tegas mempertahankan nasib rakyat Palestin serta menolak penjajahan, keganasan dan sikap membisu terhadap kezaliman. Pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati tatkala kita mampu berbicara dan bekerjasama dengan pelbagai kuasa berdasarkan prinsip, kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. Keyakinan terhadap Malaysia turut diterjemahkan melalui minat syarikat-syarikat utama India untuk menjalin kerjasama dalam sektor automotif, kejuruteraan, kecerdasan buatan dan pembuatan termaju. Matlamatnya jelas, iaitu membawa masuk pelaburan, mengembangkan bakat tempatan serta mencipta lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat. Di Kerala, hubungan sejarah dan peradaban yang terjalin sejak sekian lama digerakkan ke arah kerjasama ekonomi yang lebih kukuh. Pertemuan bersama pimpinan negeri serta pemain industri dari India, Malaysia dan Negara Teluk membuka peluang dalam ekonomi digital, kesihatan, pendidikan, pelancongan, logistik dan industri halal. Kunjungan ke Markazu Saquafathi Sunniyya pula memperlihatkan peranan Malaysia dalam wacana ilmu dan pemikiran Islam. Kami bicarakan keperluan membentuk pendekatan kecerdasan buatan berteraskan nilai agar teknologi dimanfaatkan tanpa mengorbankan akhlak, kebebasan akal dan kemanusiaan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan India atas sambutan mesra dan layanan baik sepanjang keberadaan kami di New Delhi dan Kerala. Terima kasih juga kepada seluruh petugas Kedutaan Besar Malaysia di India, anggota delegasi, rakan media serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan dan melancarkan lawatan ini. Terima kasih India. Saya teruskan misi Diplomasi MADANI di Maldives! धन्यवाद, भारत। फिर मिलेंगे! 🇲🇾 🤝 🇮🇳 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes