Telegram @anwaribrahim_official
Saya juga sempat mengadakan pertemuan bersemuka dengan beberapa pemimpin industri, antaranya dari Majlis Perniagaan UAE-India Cabang UAE (UIBC-UC), termasuk wakil Sharaf Group dan EFS Facilities Services Group, selain wakil Beeah Group bagi meneroka peluang pelaburan, pekerjaan serta kerjasama dengan Malaysia. Bersama Naib Pengerusi Sharaf Group, Mejar Jeneral (B) Sharafuddin Sharaf, kami bicarakan minat syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau bagi daging halal ke pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan keupayaan kargo dan logistiknya. Pengasas Bersama merangkap Naib Pengerusi Eksekutif EFS Facilities Services Group, Tariq Chauhan pula berkongsi perancangan pengambilan pekerja yang membuka peluang buat rakyat Malaysia dalam sektor pengurusan fasiliti. Saya turut bertemu wakil Beeah Group yang menyatakan hasrat untuk membangunkan kemudahan penjanaan tenaga daripada sisa secara mampan di Malaysia. Kepakaran kumpulan ini dalam kitar semula dan pemerolehan semula bahan daripada sisa di Sharjah berpotensi menyokong usaha negara memperkukuh pengurusan sisa serta peralihan tenaga. Malaysia mengalu-alukan kerjasama lebih erat dengan komuniti perniagaan UAE dan India. Insya-Allah, peluang yang dibincangkan akan diterjemahkan kepada pelaburan berkualiti, peluang pekerjaan serta manfaat yang nyata buat rakyat dan perusahaan tempatan. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes