Telegram @anwaribrahim_official
Saya kemudian menghadiri sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk bagi meneroka potensi baharu kerjasama ekonomi. Syarikat-syarikat ini merangkumi sektor perubatan dan kesihatan, semikonduktor, pembinaan, kecerdasan buatan, teknologi digital dan maklumat, kejuruteraan, peruncitan, tenaga serta pengangkutan. Dalam sesi ini, saya menawarkan Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN, sebuah rantau yang aman dengan ekonomi yang terus berkembang. Kekuatan India dalam bidang teknologi dan semikonduktor, apabila digandingkan dengan keupayaan Malaysia, mampu meningkatkan daya saing serta memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Hubungan Malaysia dengan Kerala pula berakar jauh dalam sejarah. Pesisir Malabar pernah menjadi jalur penting pertemuan perdagangan, agama, ilmu dan budaya yang turut mencorakkan peradaban Asia Tenggara. Ikatan sejarah ini harus diterjemahkan kepada kerjasama ekonomi yang lebih kukuh dan bermakna. Saya mengundang para pelabur Kerala dan negeri-negeri sekitarnya untuk meneroka peluang yang tersedia di Malaysia, di samping menggalakkan syarikat Malaysia memperluas jejak mereka di Kerala dan seluruh India. Insya-Allah, hubungan akrab yang terjalin akan terus diperkasa melalui peluasan perdagangan dan pelaburan demi kemakmuran bersama. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes