Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-21 06:31

Telegram @anwaribrahim_official

Malaysia tidak akan menjadi negara yang besar sekiranya kita terus terperangkap atau terheret dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit. Menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka semalam, saya tegaskan bahawa kekuatan negara ini terletak pada kesediaan kita menerima hakikat bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air dan masa depan yang sama. Inilah Wa’ad Malaysia bahawa janji dan ikrar kita untuk mempertahan hak setiap rakyat, menghormati bahasa, budaya dan agama masing-masing, serta memastikan tiada sesiapa berasa tersisih di bumi sendiri. Kepelbagaian bukan kelemahan kita. Ia khazanah dan kekuatan Malaysia. Kita harus menyuburkannya sambil bersama-sama membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah, kukuh perpaduannya dan berani melangkah sebagai satu bangsa. #YakinMADANI

Notes