Telegram @anwaribrahim_official
Saya dan Azizah kembali bersama sahabat-sahabat lama, para perintis dan otai Reformasi yang telah melalui segala liku, derita dan pengorbanan sejak awal perjuangan ini. Pertemuan semula ini tentunya mengundang rasa terharu dan sebak mengenangkan perjalanan panjang yang telah kita lalui bersama. Mana mungkin saya dan Azizah melupakan jasa dan pengorbanan setiap daripada mereka kerana tanpa kekuatan, keberanian dan semangat juang kalian, tidak mungkin saya berdiri di sini hari ini memikul amanah sebagai Perdana Menteri. Namun perjuangan ini masih belum selesai, maka gilap semula semangat yang sudah ada, usah pernah letih, usah mudah bebal dan jangan biarkan rasa terkilan atau tersinggung memadamkan semangat perjuangan. Himpunkan semula kekuatan dan pesan kepada anak-anak, keluarga, sahabat serta generasi seterusnya bahawa perjuangan membawa perubahan menuntut keberanian, kesabaran dan daya juang yang tidak pernah padam. Usia mungkin bertambah dan langkah mungkin semakin perlahan, tetapi semangat jangan sesekali pudar kerana kita pernah jatuh, kalah dan menderita, namun kita juga tahu bagaimana untuk bangkit semula. Lawan tetap lawan! #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Notes