Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-20 01:06

Telegram @anwaribrahim_official

Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan menghayati sebuah karya yang mengangkat seni budaya dan sejarah menerusi pementasan teater muzikal arahan seniman ulung Dato’ M. Nasir, “Mansur dan Liu” di Panggung Sari, Istana Budaya. Diadaptasi daripada karya agung Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin, pementasan ini menghidupkan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, yang turut menggambarkan hubungan diplomasi, budaya dan sejarah antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming. Tahniah dan syabas kepada Dato’ M. Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan yang mengagumkan, sekali gus membuktikan bahawa hasil seni tempatan mampu diangkat ke tahap yang membanggakan dan berpotensi berdiri di pentas antarabangsa. Kerajaan akan terus memberi dukungan kepada penggiat seni dan industri kreatif agar lebih banyak karya bermutu dapat dilahirkan, sekali gus mengangkat martabat seni dan budaya Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Notes