Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-17 11:03

Telegram @anwaribrahim_official

KERAJAAN MADANI PERLUAS PERLINDUNGAN BIL ELEKTRIK KEPADA PENGGUNA DOMESTIK SEHINGGA 800 kWj Kerajaan MADANI hari ini telah memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026. Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini. Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax). Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera. Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa. Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara. ANWAR IBRAHIM

Notes