Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-17 05:35

Telegram @anwaribrahim_official

SURAT PALSU BERKAITAN KELULUSAN PROJEK INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA (PFI) Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah PALSU. YAB Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut, dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan. Pejabat Perdana Menteri telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri. Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat. PEJABAT PERDANA MENTERI 17 September 2026

Notes