Telegram @anwaribrahim_official
Malaysia dibina atas satu waad nasional, yakni ikrar, janji dan muafakat antara pimpinan dan rakyat untuk mempertahankan sebuah Persekutuan yang berdaulat, menegakkan keadilan serta menjamin kesejahteraan untuk semua. Waad inilah yang mesti terus kita pegang teguh dan perkota sebagai amanah bersama. Justeru, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dilihat sebagai urusan Sabah dan Sarawak semata-mata. MA63 adalah waad serta tanggungjawab nasional dan mesti dijawab secara bersama. Kita sudah berjanji, dan menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk menterjemahkan serta memperkota janji yang menjadi asas pembentukan Malaysia. Saya bersyukur kerana majoriti rakyat Malaysia terus meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan yang utuh mengatasi kepentingan kelompok. Perbezaan boleh dibicarakan dalam ruang demokrasi, namun ruang itu harus digunakan untuk membina dan memperkukuh negara, bukan meroboh atau merobek ikatan yang telah dibina sekian lama. Jangan kita izinkan seruan berunsur pemencilan, kesempitan atau kepuakan mengatasi kepentingan negara. Ini bukan soal Semenanjung, Sabah atau Sarawak secara terpisah. Naratif kita adalah naratif nasional, kepentingan kita adalah kepentingan bersama, dan kemajuan Sabah dan Sarawak adalah kemajuan Malaysia seluruhnya. Inilah semangat Malaysia yang mesti terus kita hidupkan, bukan sekadar dalam ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui ikhtiar dan tindakan yang menjamin keadilan, kesejahteraan serta kemakmuran seluruh rakyat. Dirgahayu Malaysia! 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #YakinMADANI #SegulaiSejalai
Notes