Telegram @anwaribrahim_official
Selamat tiba di Kuching dan terus bersama-sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Majlis Penyerahan Pelabuhan Bintulu Daripada Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Sarawak. Kami berdua menyaksikan penyerahan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Menteri Pengangkutan kepada Timbalan Premier Sarawak, sekali gus mencerminkan pencapaian signifikan dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain mengiktiraf hak dan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia. Saya ulangi keyakinan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Sarawak mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk mengurus serta mengendalikan Pelabuhan Bintulu dengan cekap dan sebaiknya, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #SegulaiSejalai
Notes