Telegram @anwaribrahim_official
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini dibina atas suatu waad yakni ikatan antara pemerintah dengan rakyat, antara wilayah dengan Persekutuan, antara kesetiaan dengan keadilan. Kita harus mengakui bahawa ada ketika perjalanan negara menyimpang, apabila soal kaum diperalat, jurang wilayah dibiarkan melebar, dan perbezaan dijadikan tembok dan garis pemisah. Maka 16 September adalah iltizam atau janji yang mesti sentiasa diperbaharui bahawa tiada wilayah dianggap terpinggir atau pinggiran, tiada kaum merasa terasing, dan tiada rakyat tercicir dari arus kemajuan. Laut boleh memisahkan kita, tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan. Selamat Hari Malaysia! #YakinMADANI
Notes