Telegram @anwaribrahim_official
Saya mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah. Sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci umat Islam ini tidak boleh diterima sama sekali. Malaysia menzahirkan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi serta menghargai tindakan pantas yang diambil dalam memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara. Insiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut. Malaysia menyeru agar segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci. Semua pihak yang terlibat harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah. ANWAR IBRAHIM Foto: AFP
Notes