Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-15 12:51

Telegram @anwaribrahim_official

Saya turut menerima kunjungan hormat Yang Dipertua People’s Majlis of Maldives, Abdul Raheem Abdulla, dalam rangka lawatan rasmi ini. Kami membincangkan usaha mempererat hubungan antara Parlimen Malaysia dan People’s Majlis of Maldives menerusi pertukaran lawatan, perkongsian pengalaman serta kerjasama lebih erat di bawah Persatuan Parlimen Komanwel. Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia dan Maldives memiliki ruang yang luas untuk saling menimba pengalaman dalam memperkukuh institusi, memantapkan tatakelola serta meningkatkan keupayaan sektor awam. 🇲🇾 🇲🇻 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Notes