Telegram @anwaribrahim_official
Saya turut menerima kunjungan hormat Menteri Luar Republik Maldives, Iruthisham Adam, dan bertukar pandangan mengenai momentum positif hubungan Malaysia-Maldives. Persahabatan erat antara kedua-dua negara harus diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat. Justeru, saya menggalakkan pegawai serta komuniti perniagaan Malaysia dan Maldives mengenal pasti peluang khusus dalam perdagangan dan pelaburan, pelancongan, industri halal serta ekonomi digital. Kami turut membincangkan kerjasama untuk memperkukuh ketahanan iklim dan menjayakan agenda pembangunan mampan, dengan mengambil kira cabaran khusus yang dihadapi Maldives sebagai sebuah negara kepulauan yang sedang rancak membangun. Insya-Allah, saya akan terus bekerjasama erat dengan Presiden Dr Mohamed Muizzu dan Kerajaan Maldives bagi menggerakkan keutamaan ini serta membawa hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih kukuh dan bermakna. 🇲🇾 🇲🇻 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes