Telegram @anwaribrahim_official
Sebagai acara terakhir dalam rangka lawatan rasmi ke Maldives, saya dan delegasi Malaysia diraikan dalam Jamuan Negara yang dihoskan oleh Presiden Muizzu. Dalam ucapan, saya zahirkan penghargaan tertinggi kepada Presiden Muizzu serta Kerajaan dan rakyat Maldives atas persahabatan tulus dan kepercayaan yang diberikan sepanjang kunjungan singkat kami di sini. Malaysia dan Maldives mungkin negara yang secara relatifnya kecil, namun kita tidak harus berasa gentar atau rendah diri. Dunia hari ini memerlukan negara-negara kecil yang berjiwa besar, berani mempertahankan kebenaran, menjunjung tadbir urus yang baik serta menolak keangkuhan kuasa yang menindas negara lain. Saya menyuarakan dukungan teguh Malaysia terhadap perjuangan Maldives menghadapi perubahan iklim. Maldives hampir tidak menyumbang kepada pelepasan karbon dan kemusnahan alam, namun terpaksa menanggung kesannya akibat kerakusan negara-negara perindustrian yang masih gagal menunaikan sebahagian besar komitmen yang diikrarkan dalam beberapa siri persidangan COP. Atas semangat persahabatan ini, Malaysia bersedia membantu dan berkongsi keupayaan dalam bidang yang dapat memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara. Ini termasuk mempercepat pelaksanaan kemudahan pertukaran mata wang, menyegerakan mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives serta memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan, kesihatan mental dan pemerkasaan orang kurang upaya. Dalam kerangka MADANI, kemajuan harus sentiasa disertai ihsan dan kepedulian. Kita mahu meneroka ufuk baharu kemajuan menerusi teknologi, pendigitalan dan kecerdasan buatan, namun tetap berakar teguh pada iman, nilai moral serta etika demi mengangkat karamah insaniah. Meski kunjungan ini singkat, bicara dan muafakat yang terjalin panjang serta bermakna. Insya-Allah, hubungan Malaysia-Maldives akan terus mekar sebagai persahabatan dua negara kecil yang berjiwa besar. 🇲🇾 🇲🇻 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes