Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-15 15:48

Telegram @anwaribrahim_official

Sebelum mengakhiri lawatan rasmi dan berlepas pulang ke tanah air, saya mengadakan sidang media bersama pengamal media Malaysia bagi merangkumkan hasil kunjungan ke Republik Maldives. Meski lawatan ini singkat, perbincangan yang berlangsung cukup panjang, terbuka dan bermakna. Antara hasil utama ialah persetujuan untuk mempercepat mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives yang akan dihoskan di Kuala Lumpur sebelum akhir tahun ini. Mekanisme ini penting untuk menyelesaikan perkara berbangkit serta menetapkan tindakan konkrit bagi memperluas kerjasama kedua-dua negara. Malaysia turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives bagi kemudahan kewangan berjumlah US$100 juta. Bank Negara Malaysia dan Maldives Monetary Authority akan segera memperincikan mekanisme serta proses pelaksanaannya. Saya juga akan berbincang dengan PETRONAS mengenai cadangan meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives. Pada masa sama, dua memorandum persefahaman dalam bidang pertahanan dan hal ehwal Islam telah dipertukarkan dalam rangka lawatan ini. Dalam soal pendidikan, Kerajaan akan meneliti beberapa kekangan birokrasi yang dihadapi pelajar Maldives dan keluarga mereka, selain meneroka kerjasama dalam bidang kesihatan mental serta kebajikan golongan kurang upaya. Malaysia dan Maldives turut senada dalam mendesak pelaksanaan berkesan komitmen antarabangsa bagi menangani perubahan iklim, termasuk penyaluran pembiayaan yang telah dijanjikan. Kami juga kekal teguh memperjuangkan kebebasan dan keadilan buat rakyat Palestin serta menolak penjajahan dan kezaliman di Gaza. Lawatan ini membuktikan bahawa Malaysia dan Maldives, meski relatif kecil, mampu berdiri dengan suara yang tegas dan jiwa yang berani dalam mempertahankan kebenaran, menjunjung tadbir urus yang baik serta menolak keangkuhan kuasa yang menindas negara dan rakyat lain. Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Dr Mohamed Muizzu, Kerajaan Maldives dan seluruh rakyatnya atas layanan mesra, persahabatan sejati dan kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga kepada seluruh delegasi Malaysia, petugas kedutaan serta semua pihak yang menjayakan lawatan ini. Saya berlepas pulang ke tanah air dengan penuh pengharapan untuk menterjemahkan segala kesepakatan yang dicapai dalam bentuk tindakan demi manfaat rakyat kedua-dua negara. ޝުކުރިއްޔާ ދިވެހިރާއްޖެ، އަލުން ދިމާވާނެ. 🇲🇻 Buat rakyat Malaysia, Insya-Allah kita bertemu di Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia. 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Notes