Telegram @anwaribrahim_official
Saya dan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, mengadakan pertemuan tertutup di Pejabat Presiden di Malé, yang memberi ruang untuk kami bertukar pandangan secara dekat mengenai isu serantau serta perkara yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara. Kami kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan usaha memperluas kerjasama sedia ada, di samping menangani beberapa isu berbangkit. Perbincangan merangkumi usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan Malaysia-Maldives, serta memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan, pertahanan dan latihan, teknologi digital dan kecerdasan buatan serta industri halal. Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau, termasuk kesan perubahan iklim yang semakin mendesak. Saya menyatakan dukungan Malaysia terhadap suara tegas Maldives dalam memperjuangkan tindakan iklim yang lebih adil dan berkesan di pentas antarabangsa. Sebagai sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada lebih 1,000 pulau, Maldives berhadapan secara langsung dengan ancaman kenaikan paras laut dan perubahan iklim. Insya-Allah, kesepakatan yang dicapai akan diterjemahkan kepada langkah susulan yang konkrit demi manfaat rakyat Malaysia dan Maldives. 🇲🇾 🇲🇻 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI
Notes