Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-09-15 10:30

Telegram @anwaribrahim_official

Usai mesyuarat dua hala, saya dan Presiden Muizzu menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman yang melambangkan kerjasama erat Malaysia dan Maldives dalam bidang pertahanan serta hal ehwal Islam. Kami kemudian mengadakan sidang media bersama. Saya memaklumkan cadangan untuk menyegerakan penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives bagi menyelesaikan perkara berbangkit, selain menetapkan langkah konkrit untuk memperluas kerjasama dua hala. Malaysia turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives Monetary Authority bagi mendapatkan kemudahan kewangan berjumlah US$100 juta. Bank Negara Malaysia dan Maldives Monetary Authority akan memperincikan mekanisme serta proses pelaksanaannya. Saya juga akan berbincang dengan PETRONAS mengenai cadangan untuk meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives. Kami turut senada dalam mendesak pelaksanaan berkesan komitmen antarabangsa bagi menangani perubahan iklim, termasuk penyaluran pembiayaan yang telah dijanjikan kepada negara-negara paling terkesan seperti Maldives. Malaysia dan Maldives juga akan terus teguh bersama rakyat Palestin serta menolak penjajahan, kekejaman dan pencabulan nilai kemanusiaan di Gaza. Saya menghargai ketegasan Presiden Muizzu dalam menyuarakan keadilan, kebebasan dan hak asasi rakyat Palestin. 🇲🇾 🇲🇻 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Notes