Telegram @anwaribrahim_official
Di bumi Melaka hari ini, saya tegaskan buat kesekian kali — memang ada sakau dalam pengkhianatan terhadap Tabung Haji. Mana mungkin kerugian lebih RM12 bilion dianggap masalah kecil, hingga ada yang bersungguh-sungguh mahu pertahankan kecurangan ini? Ada yang cuba mengalihkan isu dengan menuntut laporan siasatan Tabung Haji dilanjutkan melebihi tahun 2020. Jawapan saya — ya, saya setuju. Tiada masalah, kerana yang sedang berusaha keras sembunyikan pengkhianatan amanah umat Islam ini bukan kita. Malah ada pula pihak yang gerun mahu membahaskan laporan RCI Tabung Haji di Parlimen. Pentas sudah disediakan, tapi lari beramai-ramai dari Dewan Rakyat dan memilih untuk menjadi jaguh di media sosial. Malang sungguh. #KitaKEADILAN #MemugarReformasiMembinaMadani #KongresNasionalKEADILAN
Notes