Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-08-19 08:39

Telegram @anwaribrahim_official

Tersentuh dengan kisah saudari M. Kavita yang lebih 12 tahun meredah panas dan hujan sebagai pekerja pembersihan demi membesarkan lima anak. Alhamdulillah, segala penat lelah dan pengorbanannya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing. Pengorbanan beliau turut dihargai menerusi Anugerah Khas dalam Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan SWCorp. Semoga saudari Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya. Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI Kredit: Astro Ulagam

Notes