Telegram @anwaribrahim_official
After today's 2027 Budget Management Engagement Council which brought together nearly 400 representatives from various fields to present views and suggestions in drafting the Fifth MADANI Budget. I express my deepest appreciation to all who attended, including representatives of Government agencies, the private sector and industry, academia, non-governmental organizations (NGOs), civil society organizations (CSOs) and international organizations. You bring the voices, worries and hopes of various walks of life. The suggestions and comments presented will help us in forming a CIVIL Budget that really answers the people's questions. Economic reforms must continue, new technologies and investments must be driven so that the country does not fall behind. However, growth figures and macro achievements should not make us oblivious to the disparity, poverty and cost of living pressures that still oppress some people. Therefore, when we reach for the sky, we must remain rooted in the earth and listen to the pulse of the people at the grassroots. Every view will be refined before the 2027 Budget is finalized, God willing. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI #ECONOMYMADANI
Notes
Usai Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 hari ini yang menghimpunkan hampir 400 wakil daripada pelbagai lapangan untuk mengemukakan pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan MADANI Kelima. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, termasuk wakil agensi Kerajaan, sektor swasta dan industri, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta pertubuhan antarabangsa. Kalian membawa suara, keresahan dan harapan pelbagai lapisan masyarakat. Cadangan dan teguran yang dikemukakan akan membantu kita dalam membentuk Belanjawan MADANI yang benar-benar menjawab persoalan rakyat. Reformasi ekonomi mesti diteruskan, teknologi dan pelaburan baharu mesti dipacu supaya negara tidak ketinggalan. Namun angka pertumbuhan dan pencapaian makro tidak harus menjadikan kita alpa terhadap kesenjangan, kemiskinan serta tekanan kos sara hidup yang masih menghimpit sebahagian rakyat. Justeru, tatkala kita menggapai di langit, kita mesti kekal mengakar di bumi dan mendengar denyut nadi rakyat di akar umbi. Setiap pandangan akan diperhalusi sebelum Belanjawan 2027 dimuktamadkan, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI