Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-08-16 09:56

Telegram @anwaribrahim_official

Menutup tirai Kongres Nasional KEADILAN 2026 dengan menyampaikan ucapan penggulungan yang menggariskan arah, tekad dan iltizam baharu perjuangan parti keramat ini. KEADILAN memilih jalan yang sukar, iaitu jalan prinsip, idealisme dan keberanian melakukan perkara yang benar. Kita tidak akan sesekali menggadaikan prinsip atau mengkhianati cita-cita Reformasi semata-mata demi mempertahankan kuasa. Keputusan di Johor dan Negeri Sembilan mesti diterima dengan penuh tawaduk. Jangan menuding jari atau mencari alasan. Sebaliknya, kita wajib bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan bangkit dengan gerak kerja yang lebih tersusun serta berdisiplin. Dalam mengatur kebangkitan ini, KEADILAN mesti kekal sebagai wadah perjuangan untuk semua merentas kaum, agama dan wilayah. Kita tidak boleh hanya berbicara tentang keadilan, tetapi mesti membuktikannya melalui dasar dan tindakan. Atas semangat itu, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan saya akan terus memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik. Rakyat di negeri pembangkang juga wajib dibela kerana amanah kita bukan hanya kepada penyokong atau negeri tertentu, tetapi kepada seluruh rakyat dan negara. Pada masa sama, tatakelola mesti terus diperkukuh, institusi dibersihkan dan setiap kelemahan diperbetulkan dengan tegas. Akta Tabung Haji akan dipinda demi memelihara amanah umat Islam, manakala AUKU mesti dimansuhkan sepenuhnya tanpa digantikan dengan undang-undang baharu yang terus mengongkong suara mahasiswa. Akhirnya, kekuatan KEADILAN bergantung pada saf yang bersih, kepimpinan yang teguh dan gerak kerja yang tersusun. Kuasa bukan alat untuk memperkaya diri, keluarga atau kroni, tetapi amanah untuk membela rakyat, menegakkan keadilan dan mengangkat martabat insan. Rapatkan barisan, perkemas gerak kerja dan terus mara demi rakyat dan negara! #KitaKEADILAN #MemugarReformasiMembinaMADANI

Notes