Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-08-14 08:35

Telegram @anwaribrahim_official

Alhamdulillah, tatkala ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan global dan pergolakan di Asia Barat, angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dicatat melonjak sebanyak 6% pada suku kedua 2026. Kadar pertumbuhan ini mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014. Kekuatan ini dimungkinkan oleh ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memastikan kehidupan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk oleh tempias inflasi dunia rentetan krisis di Asia Barat. Selain bantuan seperti BUDI MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak yang telah diusahakan Kerajaan MADANI di sebalik tabir untuk mengawal harga serta memastikan bekalan terus mencukupi. Saya menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI untuk memastikan bukan sahaja momentum pertumbuhan ini kekal lestari, tetapi kekayaan dan kemajuan negara dapat dikecapi bersama oleh seluruh rakyat melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan kekal pada landasan reformasi untuk mengangkat darjat rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi tanah air yang tercinta. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI

Notes