Telegram @anwaribrahim_official
In this visit to Malacca, I inspected the target field improvement project as well as the construction site of the Army Hospital in Camp Terendak, which is expected to be completed according to plan. This hospital will strengthen the delivery of health services while ensuring access to faster, more comfortable and quality treatment. The improvement of the target range will provide a more modern, safe and conducive training facility to improve the level of readiness of the members. I then befriended and greeted the people of Terendak Camp in the National Brightening Program, while reminding that the strength of a country does not only lie in its defense capability, but also in the spirit of patriotism, unity and commitment to continue serving the motherland. God willing, the MADANI Government will continue to strive to strengthen the national defense capability through the 2027 Budget, by focusing on the modernization of assets and infrastructure, increasing the readiness of the Malaysian Armed Forces (ATM), as well as the welfare of members who are the main bastion of national sovereignty. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Dalam lawatan ke Melaka ini, saya meninjau projek penambahbaikan lapang sasar serta tapak projek pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, yang dijangka siap mengikut perancangan. Hospital ini kelak akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan di samping memastikan akses kepada rawatan yang lebih cepat, selesa serta berkualiti. Penambahbaikan lapang sasar pula akan menyediakan kemudahan latihan yang lebih moden, selamat dan kondusif bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan anggota. Saya kemudian beramah mesra dan menyantuni warga Kem Terendak dalam Program Semarak Kenegaraan, sambil mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan sahaja terletak pada keupayaan pertahanannya, tetapi juga pada semangat patriotisme, perpaduan dan iltizam untuk terus berbakti kepada tanah air. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara menerusi Belanjawan 2027, dengan memberi tumpuan kepada pemodenan aset dan prasarana, peningkatan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta kebajikan anggota yang menjadi benteng utama kedaulatan negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI