Telegram @anwaribrahim_official
Received a courtesy visit from the Deputy Prime Minister and Minister of Foreign Affairs and International Cooperation of Cambodia, Prak Sokhonn, in conjunction with his official visit to Malaysia for two days which started today. This visit is in conjunction with the Third Meeting of the Malaysia-Cambodia Joint Commission for Bilateral Cooperation (JCBC) which is scheduled to take place on 4 August 2026. It is also an important milestone ahead of the celebration of the 70th anniversary of diplomatic relations between Malaysia and Cambodia in 2027, thus reflecting the close friendship and lasting strategic partnership between the two countries. Today's meeting is an opportunity for both countries to continue to strengthen strategic cooperation including trade, investment, digital economy, artificial intelligence (AI), halal industry, food safety and human capital development, in addition to strengthening cooperation in combating cross-border crime. As ASEAN member countries, Malaysia and Cambodia share the responsibility to maintain peace, strengthen regional unity and realize the ASEAN Community Vision 2045 for a more prosperous future for all people in the region. May Malaysia-Cambodia relations continue to be strengthened, thereby opening up more opportunities for cooperation that bring mutual benefits to both countries and their people. 🇲🇾 🤝 🇰🇭 #MalaysiaMADANI #MADANIwork #RancakkanMADANI #Civil Diplomacy
Notes
Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama dua hari yang bermula hari ini. Lawatan ini bersempena Mesyuarat Ketiga Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) Malaysia–Kemboja yang dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos 2026. Ia juga menjadi landasan penting menjelang sambutan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia dan Kemboja pada tahun 2027, sekali gus mencerminkan eratnya hubungan persahabatan serta perkongsian strategik yang berkekalan antara kedua-dua negara. Pertemuan hari ini menjadi ruang untuk kedua-dua negara terus memperkasa kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), industri halal, keselamatan makanan serta pembangunan modal insan, di samping memperkukuh kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan. Sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia dan Kemboja berkongsi tanggungjawab untuk memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serantau dan merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 demi masa depan yang lebih makmur buat seluruh rakyat di rantau ini. Moga hubungan Malaysia-Kemboja terus diperkukuh, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara dan rakyatnya. 🇲🇾 🤝 🇰🇭 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #DiplomasiMADANI