Telegram @anwaribrahim_official
This afternoon Azizah and I were with the extended family of Amanah Ikhtiar Malaysia in the Opening Ceremony of the Negeri Sembilan MADANI Entrepreneurs' Carnival in Port Dickson, to support the ongoing efforts to provide opportunities, guidance and capital assistance to the poor so that they can change their lives. My relationship with Amanah Ikhtiar dates back to 1996 when I was leading the Ministry of Finance. Since then, I have seen for myself the effectiveness of this program in helping the poor, especially women, as well as the strength of its management based on trust and discipline. When entrusted with steering the country at the end of 2022, support for Amanah Ikhtiar will again be an important focus. The MADANI government channeled RM10 million in 2023, before increasing to RM230 million in the 2026 Budget to expand assistance to more entrepreneurs of various races and uplift the dignity of the poor. I have great respect for the discipline of Sahabat Amanah Ikhtiar who borrows in small amounts, but diligently pays back in an effort to change the fate of himself and his family. I also appreciate the support of the Negeri Sembilan Government under the leadership of brother Aminuddin Harun who gave full cooperation to Amanah Ikhtiar. God willing, as long as the trust is given, I will continue to pay attention to the Effort Trust in the National Budget. Manage this institution with trust, maintain the spirit of friendship and continue to help poor families regardless of race in order to raise the dignity of the people and the country. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Notes
Petang tadi saya dan Azizah bersama keluarga besar Amanah Ikhtiar Malaysia dalam Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan MADANI Negeri Sembilan di Port Dickson, bagi mendukung usaha berterusan memberikan peluang, bimbingan dan bantuan modal kepada golongan miskin sehingga mereka mampu mengubah kehidupan. Hubungan saya dengan Amanah Ikhtiar bermula sejak 1996 tatkala menerajui Kementerian Kewangan. Sejak itu, saya melihat sendiri keberkesanan program ini membantu rakyat miskin, khususnya kaum wanita, serta kekuatan pengurusannya yang berteraskan amanah dan disiplin. Apabila diberi amanah mengemudi negara pada penghujung 2022, sokongan kepada Amanah Ikhtiar kembali menjadi antara tumpuan penting. Kerajaan MADANI menyalurkan RM10 juta pada 2023, sebelum meningkat kepada RM230 juta dalam Belanjawan 2026 bagi memperluas bantuan kepada lebih ramai usahawan pelbagai kaum serta mengangkat martabat golongan miskin. Saya amat menghormati disiplin Sahabat Amanah Ikhtiar yang meminjam dalam jumlah kecil, tetapi tekun membayar semula dalam usaha mengubah nasib diri dan keluarga. Saya juga menghargai dukungan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun yang memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Ikhtiar. Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya akan terus memberikan perhatian kepada Amanah Ikhtiar dalam Belanjawan Negara. Uruslah institusi ini dengan amanah, pertahankan semangat persahabatan dan teruskan membantu keluarga miskin tanpa mengira kaum demi mengangkat martabat rakyat dan negara. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI