Telegram @anwaribrahim_official
I then went to Pasir Panjang to meet the young people in the Negeri Sembilan Youth Inspiration Travel Program (KIBAR). Ahead of the month of independence, I stress that the country's peace, stability and harmony must continue to be defended from being torn apart by racist sentiments and politics of hatred. Malaysia is our common homeland. We must advance the Malays and Bumiputeras without suppressing or denying the rights of other races. We want the children of the Malays, Chinese, Indians, Orang Asli as well as the people of Sabah and Sarawak to progress and succeed. The country's problem does not lie with a race, but when trust is handed over to those who are unworthy, untrustworthy and untrustworthy. Intelligence must be accompanied by morality, while power must be guided by integrity. Therefore, judge the leader based on his record, service and honesty, not racial sentiment or incitement of hatred. Since being entrusted to govern the country, my team and I have continued to work hard to help the people and improve all the inherited weaknesses. My responsibility is to defend the interests of the Malays and Bumiputeras, without neglecting the Chinese, Indians, Orang Asli and the people of Sabah and Sarawak. Love for the country demands that we act fairly and embrace all the people as one Malaysian family. This spirit must be inherited and continued by the younger generation. Young people must dare to achieve progress in technology, artificial intelligence and the digital world, but remain rooted to the earth with religion, morals, culture and human values. This is the meaning of independence that we must live: a developed, united and dignified country, led by a generation of knowledge, courage and trust. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Notes
Saya kemudiannya ke Pasir Panjang untuk bertemu anak-anak muda dalam Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Sembilan. Menjelang bulan kemerdekaan, saya tegaskan bahawa keamanan, kestabilan dan keharmonian negara mesti terus dipertahankan daripada dirobek oleh sentimen perkauman dan politik kebencian. Malaysia ialah tanah air kita bersama. Kita mesti memajukan orang Melayu dan Bumiputera tanpa menekan atau menafikan hak kaum lain. Kita mahu anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli serta rakyat Sabah dan Sarawak sama-sama maju dan berjaya. Masalah negara bukan terletak pada sesuatu kaum, tetapi apabila amanah diserahkan kepada mereka yang tidak layak, tidak berwibawa dan tidak amanah. Kepintaran mesti disertai akhlak, manakala kuasa mesti dipandu integriti. Justeru, nilailah pemimpin berdasarkan rekod, khidmat dan kejujurannya, bukan sentimen kaum atau hasutan kebencian. Sejak diberi amanah mentadbir negara, saya dan pasukan terus bekerja keras untuk membantu rakyat serta memperbaiki segala kepincangan yang diwarisi. Tanggungjawab saya adalah membela kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, tanpa mengabaikan orang Cina, India, Orang Asli serta rakyat Sabah dan Sarawak. Kasih kepada negara menuntut kita berlaku adil dan merangkul seluruh rakyat sebagai satu keluarga Malaysia. Semangat inilah yang mesti diwarisi dan diteruskan oleh generasi muda. Anak muda mesti berani menggapai kemajuan dalam teknologi, kecerdasan buatan dan dunia digital, namun tetap mengakar ke bumi dengan agama, akhlak, budaya dan nilai kemanusiaan. Inilah makna kemerdekaan yang harus kita hidupkan: sebuah negara yang maju, bersatu dan bermaruah, diterajui oleh generasi berilmu, berani dan amanah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI