Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-30 11:20

Telegram @anwaribrahim_official

The Inauguration Ceremony of Maybank's New Headquarters was an opportunity for me to emphasize that financial institutions are one of the main pillars that drive the country's economic growth. The progress of a country is not just measured through growth or profit figures, but the extent to which the benefits can be felt by the people. Therefore, banking institutions need to ensure that quality financial services are accessible to all. The strength of a financial institution must also be based on integrity, good governance and a line of trustworthy and ethical professionals. Without these values, even a strong institution can fail. In the face of technological advances such as artificial intelligence and quantum computing, we cannot ignore human values. Real progress is progress that benefits all citizens and ensures that no one is left behind. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI #ECONOMYMADANI

Notes

Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank menjadi kesempatan untuk saya menegaskan bahawa institusi kewangan merupakan antara tonggak utama yang menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur melalui angka pertumbuhan atau keuntungan, tetapi pada sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. Justeru, institusi perbankan perlu memastikan perkhidmatan kewangan yang berkualiti dapat diakses oleh semua. Kekuatan sesebuah institusi kewangan juga mesti berpaksikan integriti, tatakelola yang baik serta barisan profesional yang amanah dan berakhlak. Tanpa nilai-nilai ini, institusi yang gah juga boleh kecundang. Dalam mendepani kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan dan pengkomputeran kuantum, kita tidak boleh mengabaikan nilai manusiawi. Kemajuan yang sebenar ialah kemajuan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan memastikan tiada yang ketinggalan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI