Telegram @anwaribrahim_official
Developing a great country requires us to master knowledge, master technology and master language. We will continue to uphold the Malay language as the national language and the language of knowledge which is the basis of nation building. At the same time, the mastery of English must continue to be strengthened so that the young generation can explore the world, access the treasures of knowledge and compete confidently on the global stage. In a meeting with the Malaysian Ministry of Education today, I also emphasized that the country's education system needs to be more inclusive and far-sighted by opening up space for students to master a third language such as Chinese, Tamil, Arabic and even French. The ability to master multiple languages not only increases communication skills, but becomes an added value that opens up more opportunities in trade, investment, diplomacy and international business management. This is an important supply to produce a generation of Malaysians who are competitive, authoritative and capable of driving the country to a higher level. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI
Notes
Membangunkan sebuah negara yang hebat menuntut kita menguasai ilmu, menguasai teknologi dan menguasai bahasa. Bahasa Melayu akan terus kita junjung sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu yang menjadi asas pembinaan negara bangsa. Dalam masa yang sama, penguasaan Bahasa Inggeris perlu terus diperkasa agar generasi muda mampu meneroka dunia, mengakses khazanah ilmu serta bersaing dengan penuh keyakinan di pentas global. Dalam pertemuan bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini, saya turut menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu lebih inklusif dan berpandangan jauh dengan membuka ruang kepada murid menguasai bahasa ketiga seperti Bahasa Cina, Tamil, Arab mahupun Perancis. Keupayaan menguasai pelbagai bahasa bukan sekadar menambah kemahiran berkomunikasi, malah menjadi nilai tambah yang membuka lebih banyak peluang dalam perdagangan, pelaburan, diplomasi dan pengurusan perniagaan antarabangsa. Inilah bekalan penting untuk melahirkan generasi Malaysia yang berdaya saing, berwibawa dan mampu memacu negara ke tahap yang lebih tinggi. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI