Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-27 07:55

Telegram @anwaribrahim_official

Alhamdulillah, Azizah and I had the opportunity to be with the extended family of the Malaysian Armed Forces (ATM) at Camp Syed Sirajuddin, Gemas. I emphasize that the national peace we enjoy today was born from the never-ending sacrifices of the Malaysian Armed Forces, the Royal Malaysian Police and the entire security force. Their services and sacrifices are the basis for stability, prosperity and the world's confidence in Malaysia. In a pluralistic country, the Federal Constitution remains the basis of unity by guaranteeing the position of Islam, the rights of Malays and Bumiputeras, the Malay language and the institution of Malay Kings. This is the foundation that we must continue to defend for the future of the country. I remind you not to let slander, hatred or sentiments that divide the people overcome the spirit of togetherness that has been Malaysia's strength for so long. Let us continue to maintain stability, strengthen unity and ensure that efforts to develop the country can continue in order to pass on a peaceful, united, prosperous and respected Malaysia to future generations. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Notes

Alhamdulillah, saya dan Azizah berkesempatan bersama-sama keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Saya tekankan bahawa keamanan negara yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan yang tidak pernah terhenti oleh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan. Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia. Dalam negara yang majmuk, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi asas perpaduan dengan menjamin kedudukan Islam, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu. Inilah asas yang wajib terus kita pertahankan demi masa depan negara. Saya mengingatkan agar kita tidak sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan yang sekian lama menjadi kekuatan Malaysia. Marilah kita terus pertahan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan usaha membangunkan negara dapat diteruskan demi mewariskan sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur serta dihormati kepada generasi mendatang. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI