Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-27 08:59

Telegram @anwaribrahim_official

I then spent free time with the Negeri Sembilan Village Development and Security Committee (JPKK) in Lukut, Port Dickson. I leave a message that leading trust is not a place to pursue luxury or be mesmerized by the temptation of power and wealth which eventually entangles and gives birth to a culture of greed. Our priority is to continue to build leadership with integrity, uphold good governance, uphold clean and transparent principles, and remain humble in bearing the trust of serving the people. I also emphasized that a strong synergy between JPKK and the state leadership is very important to ensure that every policy and development effort can be implemented effectively and truly benefit the people. Hopefully all the good efforts that have been started will continue to be strengthened to ensure a more prosperous, prosperous and competitive future for Negeri Sembilan, God willing. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Notes

Saya seterusnya luang waktu bersama-sama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan di Lukut, Port Dickson. Saya titipkan pesanan bahawa amanah memimpin bukanlah ruang untuk mengejar kemewahan atau terpukau dengan godaan kuasa dan kekayaan yang akhirnya menjerat sehingga melahirkan budaya sakau-menyakau. Keutamaan kita adalah untuk terus membina kepimpinan yang berintegriti, mengangkat tatakelola yang baik, menjunjung prinsip bersih dan telus, serta kekal tawaduk dalam menggalas amanah berkhidmat kepada rakyat. Saya turut menekankan bahawa sinergi yang kukuh antara JPKK dan pimpinan negeri amat penting bagi memastikan setiap dasar serta ikhtiar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Mudah-mudahan segala ikhtiar baik yang telah dimulakan akan terus diperkukuh demi menjamin masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur, sejahtera dan berdaya saing, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI