Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-27 11:47

Telegram @anwaribrahim_official

Alhamdulillah. Attending the Closing Ceremony of the 2026 International Preaching Waqf Convention together with the Premier of Sarawak and the Chairman of PERKIM, I express my appreciation for the continuous efforts to strengthen the da'wah movement that brings universal values ​​of love, knowledge and humanity. My message among others is to remind everyone that we cannot retreat from change. After decades have passed, the preaching approach needs to continue to be strengthened in order to remain close to the community and able to respond to current challenges and must be delivered with wisdom, full of wisdom and utilizing technological progress as a vehicle to spread the message of kindness, mercy and human values. In a world that is facing various challenges, a wise, inclusive and value-based preaching approach is very important so that Islam continues to be manifested as a religion that brings peace, justice and well-being. May all waqf efforts and this da'wah movement continue to grow, become charities that benefit the people and contribute to the building of a more knowledgeable, ethical and caring society. #MalaysiaMADANI #MADANIWorking #YakinMADANI

Notes

Alhamdulillah. Menghadiri Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 bersama Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, saya menzahirkan penghargaan atas usaha berterusan memperkasa gerakan dakwah yang membawa nilai kasih sayang, ilmu dan kemanusiaan sejagat. Mesej saya antaranya mengingatkan semua bahawa kita tidak boleh berundur daripada perubahan. Setelah berdekad-dekad berlalu, pendekatan dakwah perlu terus diperkasa agar kekal dekat dengan masyarakat dan mampu menjawab cabaran semasa dan mesti disampaikan dengan kebijaksanaan, penuh hikmah serta memanfaatkan kemajuan teknologi sebagai wahana menyebarkan mesej kebaikan, rahmah dan nilai kemanusiaan. Dalam dunia yang berdepan pelbagai cabaran, pendekatan dakwah yang berhikmah, inklusif dan berteraskan nilai murni amat penting agar Islam terus dizahirkan sebagai agama yang membawa kedamaian, keadilan dan kesejahteraan. Semoga segala usaha wakaf dan gerakan dakwah ini terus berkembang, menjadi amal jariah yang memberi manfaat kepada umat serta menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak dan penyayang. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI