Telegram @anwaribrahim_official
The close relationship between HRH His Majesty the Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, and the King of Bahrain, King Hamad bin Isa Al Khalifa has opened a new chapter in the relationship between Malaysia and Bahrain when our country was chosen as the host of the Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix. I pay tribute to the leadership, wisdom and foresight of His Majesty in suggesting that Malaysia hold discussions with the Government of Bahrain regarding the organization of this race. I also express my deepest appreciation to the King of Bahrain for the trust given to Malaysia, which was later finalized through discussions with the Crown Prince and Prime Minister of Bahrain. Malaysia's election reflects the world's confidence in the peace, stability, efficiency and capability of our country. Hopefully this cooperation will continue to strengthen the friendship between Malaysia and Bahrain and bring benefits to both countries. My Majesty! 🇲🇾 🇧🇭 #YakinMADANI #F1
Notes
Hubungan akrab antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa telah membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia dan Bahrain apabila negara kita dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix. Saya menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan dan pandangan jauh Tuanku Agong dalam mencadangkan agar Malaysia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Bahrain berhubung penganjuran perlumbaan ini. Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Bahrain atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia, yang kemudiannya dimuktamadkan menerusi perbincangan bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain. Pemilihan Malaysia mencerminkan keyakinan dunia terhadap keamanan, kestabilan, kecekapan dan keupayaan negara kita. Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain serta membawa manfaat kepada kedua-dua negara. Daulat Tuanku! 🇲🇾 🇧🇭 #YakinMADANI #F1