Telegram @anwaribrahim_official
When officiating the Penang International Halal Expo (PIHEX), our MADANI Program 2026 Permatang Pauh and the Penang Bumiputera Entrepreneurs Association this afternoon, I stressed that efforts to elevate the dignity of Bumiputeras never mean marginalizing any race. Penang proves that stable politics, clear policies and close cooperation between the Federal Government and the State Government are able to expand Bumiputera economic participation along with the progress of all people. The country's halal industry continues to gain world recognition. Almost every meeting I have with foreign leaders touches on the desire to expand cooperation with Malaysia in this field. However, we cannot rely on certification alone. The halal industry ecosystem must be strengthened so that more local companies are able to grow and Malaysia remains the world's halal leader. Likewise in the semiconductor sector. As a regional semiconductor hub, Penang should open up more space for Bumiputera companies to join the high-value industrial supply chain through collaboration, technology transfer and talent development. To start this effort, I announced an initial fund of RM5 million for the Bumiputera Semiconductor Strategy. The government, universities, industry and all relevant agencies must immediately put together coordinated measures so that more Bumiputera entrepreneurs are able to compete in the high-tech sector. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Notes
Tatkala merasmikan Penang International Halal Expo (PIHEX), Program MADANI Kita 2026 Permatang Pauh serta Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang petang ini, saya tegaskan bahawa usaha mengangkat martabat Bumiputera tidak pernah bermaksud meminggirkan mana-mana kaum. Pulau Pinang membuktikan bahawa politik yang stabil, dasar yang jelas serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri mampu memperluas penyertaan ekonomi Bumiputera seiring kemajuan seluruh rakyat. Industri halal negara pula terus mendapat pengiktirafan dunia. Hampir setiap pertemuan saya dengan pemimpin luar menyentuh hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Malaysia dalam bidang ini. Namun, kita tidak boleh bergantung pada pensijilan semata-mata. Ekosistem industri halal mesti diperkukuh agar lebih banyak syarikat tempatan mampu berkembang dan Malaysia kekal sebagai peneraju halal dunia. Begitu juga dalam sektor semikonduktor. Sebagai hab semikonduktor serantau, Pulau Pinang harus membuka lebih banyak ruang kepada syarikat Bumiputera untuk menyertai rantaian bekalan industri bernilai tinggi melalui kerjasama, pemindahan teknologi dan pembangunan bakat. Bagi memulakan ikhtiar ini, saya mengumumkan dana awal RM5 juta untuk Strategi Semikonduktor Bumiputera. Kerajaan, universiti, industri dan semua agensi berkaitan mesti segera menyusun langkah yang terselaras agar lebih ramai usahawan Bumiputera mampu bersaing dalam sektor berteknologi tinggi. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI