Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-25 05:35

Telegram @anwaribrahim_official

Started the second day of the working visit in Penang this morning by inaugurating the Summit of National Training Week (NTW) 2026 which brings together young people, workers, employers and various parties in an effort to empower the culture of lifelong learning. Alhamdulillah, Malaysia continues to record various proud achievements, but don't be complacent or quick to be satisfied. We must adhere to the spirit of itqan fil amal by striving to be better than yesterday, strengthen discipline, improve skills and always pursue excellence. I also remind that the future of Malaysia cannot be built on the politics of hatred that divides the people. This country will only truly progress when every Malaysian child, regardless of race, religion or background, is given the opportunity to succeed and contribute to the nation's prosperity. The MADANI government will also continue to expand training, reskilling and upskilling opportunities so that more people can get better jobs and enjoy higher incomes. At the same time, we will continue to strengthen governance, continue the reform agenda and ensure that the country's revenue is used for the welfare of the people, not misused to enrich ourselves, our families or cronies. With dedication, hard work and the unity of all the people, I believe that Malaysia can emerge as a respected developed country. As long as we stick to knowledge, skills and integrity, no ambition is too high for us to achieve together, God willing. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Notes

Memulakan hari kedua lawatan kerja di Pulau Pinang pagi ini dengan merasmikan Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 yang menghimpunkan anak-anak muda, pekerja, majikan dan pelbagai pihak dalam usaha memperkasa budaya pembelajaran sepanjang hayat. Alhamdulillah, Malaysia terus mencatat pelbagai pencapaian yang membanggakan, namun usah leka atau cepat berpuas hati. Kita mesti berpegang kepada semangat itqan fil amal dengan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam, memperkukuh disiplin, meningkatkan kemahiran dan sentiasa mengejar kecemerlangan. Saya turut mengingatkan bahawa masa depan Malaysia tidak mungkin terbina di atas politik kebencian yang memecah-belahkan rakyat. Negara ini hanya akan benar-benar maju apabila setiap anak Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, diberi peluang untuk berjaya serta menyumbang kepada kemakmuran negara. Kerajaan MADANI juga akan terus memperluas peluang latihan, reskilling dan upskilling agar lebih ramai rakyat memperoleh pekerjaan yang lebih baik serta menikmati pendapatan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kita akan terus memperkukuh tatakelola, meneruskan agenda reformasi dan memastikan hasil negara dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat, bukan disalahgunakan demi mengkayakan diri, keluarga atau kroni. Dengan iltizam, kerja keras dan kesatuan seluruh rakyat, saya yakin Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara maju yang disegani. Selagi kita berpegang kepada ilmu, kemahiran dan integriti, tiada cita-cita yang terlalu tinggi untuk kita capai bersama, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI