Telegram @anwaribrahim_official
Alhamdulillah, was able to return to Port Dickson to greet the members of the Malaysian Armed Forces (ATM) at the Basic Ground Training Center (PUSASDA). I came not just to meet, but to express my appreciation to all the members of ATM who every day bear the great responsibility of defending the sovereignty, peace and prosperity of the country. The MADANI government will continue to strengthen the nation's defense preparedness by improving ATM assets and capabilities, while ensuring that the welfare, facilities and needs of members and their families continue to be given attention. This commitment was translated through the MADANI Budget when the Ministry of Defense received the highest allocation in history, amounting to RM21.7 billion for 2026, up from RM16.1 billion in 2022, which is around 35 percent. It also reflects the government's commitment to continue strengthening national defense capabilities, modernize military assets and improve the well-being of all ATM citizens. In conjunction with Heroes' Day, which will be celebrated on July 31, the government also approved additional assistance of RM2 million to the Heroes' Day Fund as a token of appreciation for the service and sacrifice of soldiers and veterans who have devoted themselves to defending the country's sovereignty. I pray that all the people of ATM continue to be given strength in bearing this noble trust. God willing, the government will continue to stand with the brothers and sisters in ensuring that the welfare, well-being and needs of the family are always a priority. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI
Notes
Alhamdulillah, dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pusat Asas Latihan Darat (PUSASDA). Saya hadir bukan sekadar untuk bertemu, tetapi bagi merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota ATM yang saban hari menggalas amanah besar mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran negara. Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara dengan menambah baik aset serta keupayaan ATM, di samping memastikan aspek kebajikan, kemudahan dan keperluan anggota serta keluarga mereka terus diberi perhatian. Komitmen ini diterjemahkan menerusi Belanjawan MADANI apabila Kementerian Pertahanan menerima peruntukan tertinggi dalam sejarah, berjumlah RM21.7 bilion bagi tahun 2026, meningkat daripada RM16.1 bilion pada tahun 2022, iaitu sekitar 35 peratus. Ia juga mencerminkan iltizam kerajaan untuk terus memperkukuh keupayaan pertahanan negara, memodenkan aset ketenteraan serta meningkatkan kesejahteraan seluruh warga ATM. Sempena Hari Pahlawan yang akan disambut pada 31 Julai ini, kerajaan turut meluluskan bantuan tambahan RM2 juta kepada Tabung Hari Pahlawan sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan para perajurit serta veteran yang telah berbakti mempertahankan kedaulatan negara. Saya mendoakan agar seluruh warga ATM terus diberikan kekuatan dalam menggalas amanah yang mulia ini. Insya-Allah, kerajaan akan terus berdiri bersama saudara-saudari dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keperluan keluarga sentiasa menjadi keutamaan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI