Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-22 12:49

Telegram @anwaribrahim_official

Organized a meeting with the young people of Negeri Sembilan in the Young Friends Tour Program in Paroi. I advise, don't let the politics of hatred, racism or prejudice divide us because Malaysia will only progress if we choose unity, respect each other and accept diversity as an element that binds us all. At the same time, seek knowledge earnestly, but do not be separated from wisdom. Knowledge without value can give birth to arrogance, on the other hand, knowledge guided by wisdom will form people who have morals, dare to defend the truth and serve the community. Finally, the measure of success is not only on rank or wealth, but on the human value we bring. Be a generation that is knowledgeable, has integrity, has a kind heart and always chooses to unite, not divide. God willing, if young people continue to adhere to this principle, the future of Malaysia will continue to be peaceful, progressive and dignified. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Notes

Mengadakan pertemuan dengan anak-anak muda Negeri Sembilan dalam Program Jelajah Rakan Muda di Paroi. Saya berpesan, usah membiarkan politik kebencian, perkauman atau prejudis memecah-belahkan kita kerana Malaysia hanya akan maju jika kita memilih perpaduan, saling menghormati dan menerima kepelbagaian sebagai satu elemen yang mengikat kita semua. Pada masa sama, tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh, namun jangan dipisahkan daripada hikmah. Ilmu tanpa nilai boleh melahirkan keangkuhan, sebaliknya ilmu yang dipandu kebijaksanaan akan membentuk insan yang berakhlak, berani mempertahankan kebenaran serta berkhidmat kepada masyarakat. Akhirnya, ukuran kejayaan bukan hanya pada pangkat atau kekayaan, tetapi pada nilai kemanusiaan yang kita bawa. Jadilah generasi yang berilmu, berintegriti, berjiwa ihsan dan sentiasa memilih untuk menyatukan, bukan memecahkan. Insya-Allah, jika anak-anak muda terus berpegang kepada prinsip ini, masa depan Malaysia akan terus aman, maju dan bermaruah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI