Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-21 11:37

Telegram @anwaribrahim_official

I reveal the early story of interacting and working with the late Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi while active with ABIM in the Inaugural Ceremony of the Yusuf Al-Qaradawi Thought Seminar and the Al-Qaradawi Institute of Thought at Tun Syed Nasir Cultural Center, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur today. Recalling the memories of this long journey, I gained a little experience that I can conclude that the figure of Al-Qaradawi is the initiator of change or 'zeitgeist', the driving force or the spirit of the age that manifests openness in thinking, aspiring to reform in the face of contemporary challenges. During the rising spirit of Islamic revival around the early 80s, Qaradawi sent a pamphlet to the leadership of ABIM insisting that ABIM distance itself from the hardline and maintain wasatiyah or moderation. This advice for me is very important during the rise of enthusiasm and a school of thought that is not open to accepting different views at that time. In support of the development and strengthening of research on Al-Qaradawi's contribution, I announce the MADANI Government's donation of RM2 million to the Al-Qaradawi Institute of Thought. It is certainly true that personally I am greatly indebted to Al-Qaradawi either in terms of ideas, moral support and friendship built on the basis of sincerity. Hopefully efforts like this will be blessed, bring benefits and enlighten the people. #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Saya menyingkap kembali kisah awal berinteraksi dan berkerjasama dengan Almarhum Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi sewaktu aktif bersama ABIM dalam Majlis Perasmian Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dan Institut Pemikiran Al-Qaradawi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur hari ini. Mengimbau kenangan perjalanan panjang ini, saya menimba sedikit pengalaman yang boleh saya simpulkan bahawa sosok Al-Qaradawi sebagai pencetus perubahan atau ‘zeitgeist’, penggerak atau semangat zaman yang menzahirkan keterbukaan dalam pemikiran, pendamba pembaharuan dalam menghadapi cabaran kontemporari. Sewaktu meningkatnya semangat kebangkitan Islam pada sekitar awal 80an, Qaradawi menghantar satu risalah kepada pimpinan ABIM yang menegaskan agar ABIM mengambil jarak dari aliran keras dan kekalkan wasatiyah atau kesederhanaan. Nasihat ini bagi saya amat penting sewaktu meningkatnya semangat dan aliran pemikiran yang tidak terbuka menerima pandangan yang berbeda pada ketika itu. Dalam mendukung pengembangan dan memperkukuh penyelidikan mengenai sumbangan Al-Qaradawi, saya umumkan sumbangan Kerajaan MADANI sebanyak RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi. Sudah pasti secara peribadi saya amat terhutang budi kepada Al-Qaradawi sama ada dari segi idea pemikiran, dukungan moral dan persahabatan yang dibina atas asas keikhlasan. Semoga ikhtiar seperti ini akan mendapat barakah, membawa manfaat dan mencerahkan umat. #MADANIbekerja #YakinMADANI