Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-21 05:23

Telegram @anwaribrahim_official

Yesterday I chaired the Orange Economic Council Meeting (MEJ) Number 1 of 2026. MEJ was established as the highest body to drive the country's creative ecosystem through strategic and collaborative governance. MEJ also acts as an orange economy advisory body to the Government and takes the lead in the planning, implementation and monitoring of the country's orange economy as a whole. The main function of MEJ is to formulate national policies and strategies related to the orange economy by identifying the issues and potential of this sector. It is my wish that this highest body is able to drive an inclusive shift, in line with the idea of ​​a CIVIL Malaysia that prioritizes human values, creativity, and economic sustainability. #MalaysiaMADANI #MADANIwork #YakinMADANI

Notes

Semalam saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Jingga (MEJ) Bilangan 1 Tahun 2026. MEJ ditubuhkan sebagai badan tertinggi untuk memacu ekosistem kreatif negara melalui tadbir urus yang strategik dan kolaboratif. MEJ juga bertindak sebagai badan penasihat ekonomi jingga kepada Kerajaan dan meneraju dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke atas ekonomi jingga negara secara menyeluruh. Fungsi utama MEJ adalah untuk merangka dasar dan strategi nasional berkaitan ekonomi jingga dengan mengenal pasti isu dan potensi sektor ini. Adalah menjadi hasrat saya agar badan tertinggi ini berupaya memacu anjakan yang inklusif, sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang mendepankan nilai kemanusiaan, daya cipta, serta kemampanan ekonomi. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI