Telegram @anwaribrahim_official
Conducted a courtesy visit on the President of Singapore, Tharman Shanmugaratnam and we exchanged views on Malaysia-Singapore relations, regional developments and various issues of mutual interest. Our talk also touched on positive developments in efforts to resolve some pending matters. Both parties reiterated their commitment to continue to resolve any issues that still arise through constructive negotiations, based on mutual respect and mutual understanding. We also welcome the progress of the implementation of the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), including efforts to finalize the JS-SEZ master plan in the near future. This strategic initiative will strengthen trade, investment and mutually beneficial economic cooperation between the two countries. Hopefully the relationship between Malaysia and Singapore will continue to be strengthened based on trust, mutual respect and mutual benefit for the prosperity and well-being of the people of both countries. 🇲🇾 🇸🇬 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #Civil Diplomacy
Notes
Mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan kami bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama. Bicara kami turut menyentuh perkembangan positif dalam usaha menyelesaikan beberapa perkara tertangguh. Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk terus menyelesaikan apa jua isu yang masih berbangkit melalui rundingan yang konstruktif, berlandaskan semangat saling menghormati dan persefahaman yang telah dipersetujui bersama. Kami turut menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat. Inisiatif strategik ini bakal memperkukuh perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan kedua-dua negara. Semoga hubungan Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾 🇸🇬 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI