Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-10 06:56

Telegram @anwaribrahim_official

Alhamdulillah, today I met PM Anutin again to complete the opening of a new road connecting the Bukit Kayu Hitam Immigration, Customs, Quarantine and Security Complex (ICQS) with the Customs, Immigration and Quarantine Complex (CIQ) in Sadao, Thailand. History has long bound the land of Malaysia and Thailand. The Greek geographer, Ptolemy, once described this region as the Golden Peninsula, while ancient traders knew it as Suvarnabhumi, the golden land that became the heart of trade and the meeting place of civilizations. Centuries later, the English poet John Milton also referred to it as the Golden Chersonese. The opening of this new line reflects the determination of both countries to strengthen connectivity, speed up trade flows and facilitate people's movement. As the busiest land trade gateway between Malaysia and Thailand, every improvement in Bukit Kayu Hitam–Sadao paves the way for faster economic growth and greater benefits for the people. This meeting also bore fruit when Malaysia and Thailand agreed to speed up the development of the Border Special Economic Zone, resolve technical issues that have been delayed and strengthen the commitment to reach the target of bilateral trade worth USD30 billion by 2027. The spillover of benefits is not only in the border areas, but will boost growth in Kedah, Perlis, Penang, Perak and Kelantan through increased trade, investment, logistics, tourism and job opportunities. This is the approach of the MADANI Government which ensures that every strategic relationship is translated into tangible benefits for the people. God willing, Malaysia and Thailand will continue to strengthen relations for the sake of peace, prosperity and well-being that will bring tangible benefits to the people of both countries. 🇲🇾 🤝 🇹🇭 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #Civil Diplomacy

Notes

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi ketemu PM Anutin bagi menyempurnakan pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand. Sejarah telah lama mengikat bumi Malaysia dan Thailand. Ahli geografi Yunani, Ptolemy, pernah menggambarkan wilayah ini sebagai Golden Peninsula, manakala para pedagang silam mengenalinya sebagai Suvarnabhumi, bumi emas yang menjadi nadi perdagangan dan pertemuan tamadun. Berabad kemudian, penyair Inggeris John Milton turut menyebutnya sebagai Golden Chersonese. Pembukaan jajaran baharu ini mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk memperkukuh kesalinghubungan, mempercepat aliran perdagangan dan memudah cara pergerakan rakyat. Sebagai pintu masuk perdagangan darat paling sibuk antara Malaysia dan Thailand, setiap penambahbaikan di Bukit Kayu Hitam–Sadao membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat. Pertemuan ini turut membuahkan hasil apabila Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pembangunan Zon Ekonomi Khas Sempadan, menyelesaikan isu-isu teknikal yang tertangguh serta memperkukuh komitmen mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai USD30 bilion menjelang 2027. Limpahan manfaatnya bukan hanya di kawasan sempadan, malah akan merancakkan pertumbuhan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan menerusi peningkatan perdagangan, pelaburan, logistik, pelancongan serta peluang pekerjaan. Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang memastikan setiap hubungan strategik diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat. Insya-Allah, Malaysia dan Thailand akan terus memperkukuh hubungan demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara. 🇲🇾 🤝 🇹🇭 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI