Announcement
Anwar Ibrahim  ·  2026-07-10 08:59

Telegram @anwaribrahim_official

Tomorrow is a sacred day that will determine the next chapter in the future story of the state and the people of Johor. I call on all the children of Johor, including those who are abroad to return home and use the power of the people to elect a leader who is trustworthy, authoritative and really works for the sake of this state. Pakatan Harapan has proven its ability to govern the MADANI Government by implementing important reforms, increasing investment, raising wages, providing more dignified job opportunities and solving various problems and projects that have been delayed for a long time. We also managed to restore Malaysia's image which is now respected and trusted on the international stage. It is this spirit of reform and governance that we will bring to lift Johor to a higher level. Therefore, with all humility and respect, I ask my brothers and sisters to give their trust to Pakatan Harapan to lead Johor with trust, good governance and guarantee justice and equal opportunities for all. This election is an opportunity to reject those who defend people's money thieves, as well as to reject politics that are bankrupt of ideas and only rely on inciting racial and religious hatred to get votes. May Allah SWT bless Johor and grant this state a trustworthy leadership and open a new chapter that is more prosperous, fair and prosperous for the entire Johor Nation. Ambeng rice is touched together A sign of love in the congregation The country's success is known worldwide Start with a pointed finger. Johor Forward. Vote for HOPE 🔺 🚩 #HOPE #MemnaiHARAPANrakyat #BelieveHOPE

Notes

Esok hari keramat yang bakal menentukan babak seterusnya dalam ceritera masa depan negeri dan rakyat Johor. Saya menyeru seluruh anak Johor, termasuk yang berada di perantauan supaya pulang dan menggunakan kuasa rakyat untuk memilih kepimpinan yang amanah, berwibawa dan benar-benar bekerja demi negeri ini. Pakatan Harapan telah membuktikan keupayaan mentadbir Kerajaan MADANI dengan melaksanakan reformasi penting, meningkatkan pelaburan, menaikkan gaji, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang bermaruah serta menyelesaikan pelbagai masalah dan projek yang sekian lama tertangguh. Kita juga berjaya memulihkan imej Malaysia yang kini kembali dihormati dan diyakini di persada antarabangsa. Semangat pembaharuan dan tadbir urus inilah yang akan kita bawa untuk mengangkat Johor ke tahap yang lebih tinggi. Justeru dengan penuh rendah hati dan hormat, saya memohon saudara dan saudari memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk memimpin Johor dengan amanah, tatakelola yang baik serta menjamin keadilan dan peluang yang saksama untuk semua. Pilihan raya ini adalah peluang untuk menolak mereka yang mempertahankan pencuri wang rakyat, serta menolak politik yang muflis idea dan hanya bergantung kepada hasutan kebencian kaum dan agama demi meraih undi. Semoga Allah SWT memberkati Johor dan mengurniakan negeri ini kepimpinan yang amanah serta membuka lembaran baharu yang lebih makmur, adil dan sejahtera untuk seluruh Bangsa Johor. Nasi ambeng dijamah bersama Tanda kasih dalam jemaah Kejayaan negara sebutan dunia Bermula dengan jari yang memangkah. Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺 🚩 #HARAPAN #MemaknaiHARAPANrakyat #YakinHARAPAN